KENYATAAN MEDIA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA 29 JULAI 2013

9/2/2013

 

?

KENYATAAN MEDIA

JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

29 JULAI 2013

 

 

PENAMATAN PROGRAM PATI PULANG SUKARELA

 

 

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Program Pengampunan (6P) yang bermula 1 Ogos 2011 telah berakhir pada 10 Januari 2012. Sepanjang Program 6P tersebut sebanyak 330 ribu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI telah pulang secara sukarela.

 

Lanjutan dari penamatan Program 6P tersebut kerajaan masih terus memberi peluang kepada PATI yang tidak sempat keluar dalam tempoh pengampunan pulang secara sukarela dengan membayar kadar kompaun yang minima sebanyak Tiga Ratus Ringgit (RM300) dengan Pas Khas sebanyak Seratus Ringgit (RM 100).

 

Jabatan Imigresen Malaysia telah menamatkan peluang pembayaran kadar kompaun minima bagi PATI yang pulang secara sukarela berkuatkuasa 22 Julai 2013. Penamatan ini adalah selaras dengan berakhirnya Program 6P Pengampunan PATI.

 

Walau bagaimana pun, PATI masih boleh menyerah diri untuk pulang ke Negara asal secara sukarela tetapi mengikut kaedah dan prosedur yang lebih ketat.

 

Tindakan ini diambil sebagai langkah yang lebih  ‘detement’  bagi warga asing yang masuk ke Malaysia dan melanggar Undang-Undang imigresen. Sehubungan itu JIM akan mengadakan Operasi Bersepadu secara besar-besaran bersama agensi-agensi penguatkuasaan yang lain selepas Hari Raya Aidilfitri.

 

 

 

SARAVANA KUMAR A/L MARIMUTHU

Timbalan Pengarah

Bahagian Penguatkuasa

Jabatan Imigresen Malaysia